Sunday, 8 July 2012

jgn tkot nk mkn ikan patin


Entri ringkas ini merupakan lanjutan kepada entri sebelum ini berkenaanmemilih minyak masak dengan cara yang betul. Memilih minyak masak dengan cara yang betul penting agar kita mendapat sumber asid lemak yang penting (Essential Fatty Acids atau EFAs) untuk fisiologi tubuh kita.
Memilih lemak yang bagus untuk tubuh badan sebenarnya tidak terhad kepada memilih minyak masak sahaja. Hakikatnya lemak ‘sihat’ ini terkandung dalam berbagai lagi sumber-sumber semulajadi yang SS rasa patut dimasukkan dalam diet seharian kita. Ini termasuklah menerusisumber kekacang dan ikan yang tinggal di kawasan sejuk.
Ikan patin merupakan salah satu ikan air tawar yang kaya dengan lemak ikan yang bagus untuk kesihatan kita. Ahli-ahli arkeologi sebelum ini mendapati mereka yang tinggal di pinggir-pinggir sungai dan laut beberapa ratus tahun dahulu di sebuah kawasan di Eropah hidup jauh lebih lama berbanding mereka yang tinggal di kawasan pedalaman (hutan). Malah, kita boleh lihat sendiri kebanyakkan rakyat Jepun dan Korea yang mengamalkan gaya hidup tradisional (banyak makan sumber berasaskan laut) mampu hidup melebihi usia 100 tahun. Semua ini dikaitkan dengan rahsia sebenar lemak yang terkandung dalam ikan, yang mana ia membantu mempertingkatkan lagi kesihatan kardiovaskular disamping meningkatkan kadar kolestrol baik (HDL) dalam darah.
Asid lemak omega 3 telah terbukti secara klinikal penting untuk kemandirian tubuh (fungsi utama membrane sel), di samping mencegah kita daripada penyakit-penyakit kronik seperti stroke, sakit jantung dan diabetes. Walaubagaimanapun, sejak zaman nabi Adam lagi tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan omega 3 dengan sendiri (badan kita hanya boleh menghasilkan asid lemak tepu yang dijadikan sebagai ‘sumber makanan jangka masa panjang’ dan sebagai penebat haba di bawah kulit). Maka dengan itu, hanya terdapat satu cara sahaja kita boleh mendapatkan omega 3, iaitu melalui diet. Pengambilan makanan-makanan semulajadi yang kaya dengan EFAs (seperti ikan, sumber kekacang) di samping supplemen lemak ikan (jika anda fikir diet anda kurang EFAs) amat membantu dalam mendapatkan sumber EFAs yang diperlukan.

No comments:

Post a Comment